Followers

Attention...Peringatan dari aku

MOOD MALAS GILA

Cinta Hati Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY LITTLE PRINCESS

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

TINY DOT

Lilypie Pregnancy tickers

CLICK2 ....Income Pampers & Susu Amani....

Jom Buat Carian

Monday, July 23, 2012

Panduan berpuasa tuk ibu2 yang menyusu...


kata orang...ilmu xelok kedekut...nanti xberkembangan.....ilmu kena kongsi baru berkembang kan....

hari nie aku nak share ilmu ngan ibu2 yang menyusukan anak...
memandangkan skrang kan kita dalam bulan mulia..bulan ramadhan...

aku tau...ada di antara para ibu yang khuatir..susu kering kalau berpuasa...
sebenarnya xda istilah susu kering....cuma kita kena set mind la...

well mind set tue sangat penting...niat kita kena betul...insya-allah...


ok..let's share the info k...



1) MINUM AIR YANG MENCUKUPI...

  minumlah air yang secukupnya ketika sahur dan berbuka...2) JANGAN ABAI SAHUR

  jangan sesekali skip sahur...*dulu aku slalu jerk skip sahur now cannot*.
 Namun kita digalakkan melambatkan makan sahur....makanlah makanan yang kaya dengan
 protein dan apa saja makanan dalam bentuk sup.
 kurangkan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan


3) MAKAN KURMA KETIKA BERBUKA

 berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang2nya 3 biji *kena paksa diri makan kurma la pas nie*
amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa..


4) BANYAKKAN BUAH DAN SAYUR

 makanlah lebih buah2an dan sayuran


5) AMBIL LEBIH LEMAK SIHAT

 jumlah lemak dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa...
 makanya ambillah makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi...
 dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya..


6) AMALKAN MADU

 adalah sangat di galakkan memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semulajadi...
 selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh..


7) ELAKKAN MINUMAN BERKARBONAT

di galakkan menghindarkan dari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat...air berkafein jugak adalah di galakkan agar di kurangkan..
ketahuilah..bahawa kandungan gula dan kafein yang berlebihan boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika di ambil secara berlebihan...



INFO BERGUNA*****

PENYUSUAN ANAK LELAKI MEMERLUKAN LEBIH TENAGA, JADI MAKAN LEBIH BANYAK NASI KETIKA BERSAHUR..

BAGI ANAK PEREMPUAN BOLEH KURANGKAN PENGAMBILAN NASI..TAPI LEBIHKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN....



selamat berpuasa...renung2kan..dan selamat beramal....
*semuanya bergantung kepada nawaitu sebenarnya...klu niat kita baik...pasti ALLAH mempermudahkan urusan kita....jangan risau k....*



Muahhhh : Bonda Amani -------> xtau nak komen apa2.....tekan jerk like kat bawah nie..... :P



  tuk mengelak dari dehidrasi yang akan menjejaskan penghasilan susu...
  seelokknya minum dua liter @ 8 gelas air sehari...

Friday, July 20, 2012

SELAMAT DATANG

Ahlan wa sahlan, marhaban



Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan


Ahlan wa sahlan, marhaban


Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan






Ramadhan menjelma lagi


Menghimpun Rahmat dan Maghfirah


Bertambah keberkatannya


Dengan amal ibadah


Diri tunduk keinsafan


Dan rasa berdosa






Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini


Usah biarkan berkatnya


Berlalu sia-sia saja


Ia hadir bagai air bah


Membasuhi daki dunia






Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka


Seperti ketibaan orang yang kita cinta


Dengan ucapan


Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan


Hati gembira pintu terbuka


Rahmat Allah Yang maha Besar






Ditaburi mutiara hikmah Al-Quran


Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan


Didatangkan pula Lailatul Qadar


Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga


 
salam ramadhan dari kami sekeluarga.....semoga kehadiran ramadhan kali ini...membawa sinar buat kita semua....

 
Muahhhh : Bonda Amani -------> xtau nak komen apa2.....tekan jerk like kat bawah nie..... :P










 

Monday, July 9, 2012

sharing is sexy

Sesapa nak peeling sexy….ok meh la kita share2 ilmu yang ada di dada tuk perkongsian bersama….



Hari nie aku nak share pasal BF….ok2 sebelum tue….meh sini aku nak bagitau skit yer…kang ada lak cakap2 sinis kat belakang kang…


Aku story nie berdasarkan kepada pengalaman aku yang lepas….


Ok..dulu masa amani…aku hanya sempat BF kan dia…beberapa minggu saja…rasanya dalam 3minggu ja kot… masa tue..memang aku rasa DOWN gila la….well sebabkan sebelum bersalin lagi aku dah berangan2 nak BF kan dia kan…sekali xda rezeki aku tuk BF kan dia sepenuhnya….masa dalam pantang lagi…amani dah minum susu formula…sedey kan….


Memang aku akui la…aku rasa sentap…rasa rendah diri…bila aku baca ada sesetengah mum-mum kat luar sana yang sangat berbangga dengan keupayaan diri sendiri menyusukan anak….


Bohong la kalau aku cakap…aku xda rasa apa2….sangat bohong…tapi ku pendam sebuah duka…acewah….aku pendam sorang2…#aku memang jenis suka pendam emosi….


Aku penah menangis…bila aku baca…kes kontrevesi dulu pasal ibu yang xBF kan anak nie…


Jangan senang2 menjatuhkan hukuman dekat wanita yang bergelar ibu yang xdapat nak menyusukan anak mereka….sebab aku tau…wanita yang bergelar ibu zaman skrang….dah penuh dengan ilmu di dada dah….xda lagi..kata2 IBU MENYUSUKAN anak nie…badan kembang…badan gemuk….x solid @ wat eber …. Ketahuilah…ibu2 yang menyusukan anak….adalah lebih mudah mendapatkan bentuk badan yang IDEAL…..well dah nama pun kena control pemakanan kan…memang satu langkah yang baik tuk diet la…


Sekurang2nya…kita kena tau dulu…apa sebab IBU2 yang xmenyusukan anak nie…. Ye memang aku x nafikan..ada jugak IBU yang xnak bagi anak menyusu badan…tapi kenapa nyek???? Takut breast kendur ke??? Hmmmm ntah la…aku xda jawapan tuk tue….


Dulu..masa aku lahirkan amani….memang…hari pertama…breast aku membengkak…*dah besar anak buah nyioq dah ha…kakakakakakak xmo la kata besaq buah nyioq…besaq sangat plak kan..so kita bagi besaq anak buah nyioq dah la…kekekkekek*…. Tapi aku perah..susu xmo kuar…sedey…..masalah utama aku masa tue….puting tenggelam…dalam erti kata lain…putting xda la…. #pahamdak nie???


Maybe sebab pengalaman pertama..so aku memang xda ilmu…pasal nak naikkan puting tue…ko bayangkan la…dah puting xda kan…camna amani nak telangkup kan mulut dia kat breast aku…maw xmengamuk budak kecik tue…meraung2 .#jenisxmenyempatlanie


En dedi siap belikan puting silicon tue ha….aku tangkup kat breast aku…time amani nak menyusu..skali ko bayangkan la…betapa besaqnya pulak puting silicon tue..dah penuh mulut amani…sampai susah nak bernapas dah…still jugak susu malu2 nak kuar…. Siap aku mengurut bagai la….sampai bidan tue pun cakap…ish..awat la..susu xmau kuaq nie kan…sebab dari pengalaman dia…mengurut susu sebelum2 nie.semuanya alhamdulilah..menjadi…


Sampai aku kena sound dengan doc..masa pegi check up amani lepas habis pantang…doc lelaki tue cakap..kena mind set..HEY DOC…apa ko ingat aku suka2 ke nak kuarkan duit banyak2 beli susu formula tuk anak aku.,.klu aku dapat bagi susu pree (BF) kat dia…brengset sungguh doc tue….bukan setakat mind aku set..head segala aku dah tune set baikkkk punya…..dah xda jugak…camno…


Sampai la…aku mengandong kan dinda….kali nie…aku memang dah bertekad sepenuh jiwa dan raga…aku nak BF kan dinda sepenuhnya……macam2 buku aku baca…sampai la..satu hari..amani kena warded…#last year masa raya haji tue…aku baca artikel yang ada dalam ward kanak2 tue…cara2 tuk naikkan puting yang tenggelam….balik tue terus aku praktikkan….hoi2…jangan pikir yang bukan2…


Cara2 yang aku buat….amik picagari tue…korang potong kat depan….pastue korang tarik la puting tue setiap hari…insya-allah..lama2 nanti puting korang akan timbul…memang mula2 korang akan rasa sakit skit la…tapi bila dah lama2…ok la…aku buat masa mandi..dok bawah air pancuran tue….ha..tarik la ko pelan2…jangan la buat kuat2..memang la sakit kan…pelan2 kayuh la beb…


Alhamdulilah…ALLAH memakbulkan hajat dan niat aku….akhirnya….puting aku timbul….TERIMA KASIH YA ALLAH….


Aku dah bertekad…aku nak membuktikan pada semua…yang aku jugak mampu jadi seorang IBU yang sempurna..dapat menyusukan anak sendiri…


Kelahiran dinda..sedikit sebanyak..memberi semangat tuk aku membukti kan keupayaan aku…letih…penat…aku buang jatuh2….sebab niat aku nak memberikan yang terbaik tuk dinda…


Sebagai pemberi semangat dan sokongan….breat pump hadiah tuk aku lebih bersemangat tuk mengepam susu tuk dinda…waktu aku keja….


Mungkin aku dah lewat skit tuk buat stok susu tuk dinda…sebab memang dalam pantang…aku langsung xbuat stok….sebab masa tue xda pump lagi….pam pakai tangan jerk…kekekekke..dapat la…2-3oz….mana ku reti kan…bleh la setakat nak ajar dinda botol kan…


Tapi alhamdulilah…berkat usaha..dan niat aku…aku dapat jugak buat stok tuk dinda….


Setakat hari nie…nie la..bekalan stok susu dinda….insya-allah cukup la kot kan…lagipun skrang aku dah start bagi dinda makan solid food…..


Nie bukan N3 tuk belagak or apa2 niat meriak dan sebagainya..nie hanyalah N3 tuk berkongsi rasa dan perasaan dengan semua IBU2 dan bakal2 IBU di luar sana…


Yang penting…jangan mudah menyerah kalah…memang la..kita sebagai manusia..xkan lari dari rasa rendah diri dengan kekurangan diri kita…tapi bila kita cuba tuk memperbaiki…insya-allah pasti ada jalan penyelesaiannya….


APA YANG PENTING KERJASAMA….sebab tue diorang buat crita wonderpet…eh tetiba….


#N3 lebih panjang dari biasa….






Muahhhh : Bonda Amani -------> xtau nak komen apa2.....tekan jerk like kat bawah nie..... :P

Friday, July 6, 2012

bukan meminta belas simpati

Nie adalah segmen suaikenal ye adik2…dan kawan2 semua…kakakaka…dah xda idea sangat la nie kan…konsepnya nie



Aku adalah anak bongsu dari 3 adik beradik…yang sulong adalah arwah kakak aku….no 2 lak..abang aku….sebabkan kami xramai adik beradik *mungkin la* makanya..kami amat rapat antara satu sama lain…


Dulu masa kakak aku zaman2 anak dara dia…dia dok kat kl..habis jerk spm..dia dah dok kat kl…makanya…hubungan aku ngan dia..agak xbrapa rapat sangat…


Lagipun masa form 1 sampai form 5..dia dok asrama….asmara bak kata aku dulu2…arwah kakak aku lebih rapat ngan abang aku…tapi semenjak arwah kakak aku kawen…dan ada anak…hubungan aku dengan arwah kakak adalah sangat rapat…


Aku lebih senang berkongsi suka dan duka dengan arwah kakak aku..maybe sebab maktok seorang yang garang @ dalam kata lain…xbrapa spoting sangat…maktok dulu bapak garang ok…ko bayangkan…kepala tali pinggang tue pun dah merasa badan aku nie tau….


Maktok xpayah nak g course jadi hairstylish…rambut aku pun selamba badak jerk dia taram…scary dak..scary dak…


Tapi tue semua dulu la…skrang nie..ngan cucu2 dia…mintak jerk la..apapun..lambat @ cepat kompom diorang dapat punya la….sentap..#Bawakdirigbatubelahbatubertangkup


Mungkin ALLAH nak merapatkan hubungan aku dengan arwah sebelum arwah pegi buat selamanya meninggalkan kami semua…


Aku dengan adik beradik aku..adalah sangat jarang bergaduh…ke xpenah bergaduh nyek…Cuma kadang2 tue..selisih pendapat skit la..tapi xpenah la sampai bermasam muka ka apa…


Sehari sebelum arwah kakak aku pegi buat selamanya….ntah brapa kali aku cakap ngan dia thru phone..


Aku nie lak..jenis..pantang ada benda yang menarik…aku mesti nak beli bagi dekat arwah…aku call arwah hari tue…sebab nak belikan dia lipstic…sebab aku suka tengok kaler tue..cantik…hari sabtu…last aku cakap ngan arwah..dalam kul 6lebih (petang)..tue la..kali terakhir aku dengar sora arwah….


Ahad…dalam kul 9.15am…*aku dok tido lagi masa tue* aku mendapat panggilan phone dari maksu aku….


“adik…along xcident…balik dik..balik cepat”


Ayat terakhir dari maksu buatkan aku rasa dunia aku bergegar……maksu letak phone…tapi xsampai 10minit…maksu aku call lagi…


“adik…along dah xda”


Ya ALLAH ujian apakah yang KAU berikan pada aku….masa tue..dunia aku gelap gelita…brapa kali aku tumbang aku pun xpasti….


Masa tue..aku dok kat seremban..perjalanan dari seremban ke kedah..aku rasakan terlalu lama….elok ja aku sampai kedah…jenazah arwah kakak aku dah di turun kan ke liang lahat…


Tanpa sempat aku menatap wajah arwah buat kali terakhir….pilunya hati aku…airmata xmampu aku tahan…di atas tanah kubur tempat arwah di kebumikan…aku menangis sepenuh hati…


Perginya seorang wanita yang sangat aku sayangi….sayang sepenuh jiwa aku…bila aku tengok muka anak2 arwah…betapa syahdunya aku rasakan…


Terlalu kecik umur depa tuk menerima ujian ini…kehilangan IBU tempat bermanja…


Dan ujian itu datang lagi buat anak2 buah aku….kali ini..ALLAH menjemput ayah tempat mereka bergantung lepas kehilangan IBU….


Yang sulong berumur 15tahun..dan yang kecik 10tahun…tak dapat aku bayangkan…sekelip mata…anak2 kecik itu menjadi yatim piatu…


Bukan menidakkan QADA dan QADAR….tapi aku xmampu membayangkan kesepian yang mereka hadapi..dalam proses membesar….xsama rasanya membesar di bawah jagaan orang lain…


Kami cuba memberikan yang terbaik tuk mereka..bukan mengharapkan balasan…kerana kami ikhlas sepenuh jiwa…aku meletakkan diri aku dalam keadaan mereka…


Tapi aku sedey….kerana ada pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas kesempitan yang mereka hadapi…kenapa…xtakut dengan hukum ALLAH kah??? Mereka adalah anak YATIM PIATU….peliharalah mereka sebaiknya…


Jangan sesekali mengambil kesempatan dengan ketidakupayaan mereka anak2 kecik tue…


Aku bukan tokoh ilmuan…tapi sekurang2nya..aku masih tahu halal dan haram dalam memelihara harta anak2 yatim itu…


Bukan meminta belas kasihan orang ramai…kerana aku pasti..rezeki dalam membesarkan mereka pasti ada…insya-allah…ALLAH xzalim kepada umatNYA….


Pasti akan ada rezeki mereka…sekrang yang sulong akan amik PMR….semoga setiap masalah yang berlaku..tidak akan mematahkan semangatnya….dalam meneruskan pelajaran…


Bulan depan dah raya…pasti kali nie..raya mereka dah xsama macam orang lain…raya tanpa IBU dan AYAH…akan kami pastikan…mereka xkan rasa kekurangan itu…


Aku akan cuba jugak siapkan persiapan raya tuk depa..insya-allah…buat anak2 buah kesayangan acu…


Ketahuilah oleh kamo…walaupun IBU dan AYAH dah pegi buat selamanya..meninggalkan kita semua..tapi kamo masih ada..maktok..acu..pakngah…paksu….kami akan cuba memberikan yang terbaik tuk kamo…


Kami xpenah mengharapkan apa2 balasan..Cuma kami berharap..belajarlah sebaiknya…capailah kejayaan dalam pelajaran..kerana hanya itulah harta yang paling berharga untuk kamo membesar menjadi insan yang berguna..di dunia dan di akhirat…kami sayang kamo selamanya…


#rasanya zakat fitrah kali nie..nak suruh dedi bayar kat depa ja la…bleh kot kan….







Muahhhh : Bonda Amani -------> xtau nak komen apa2.....tekan jerk like kat bawah nie..... :P

Monday, July 2, 2012

keadaan maktok terkini

buat yang bertanya.....keadaan maktok...skrang mkatok berada di hospital sungai petani....aras 4 wad kenanga 2......

maktok terlibat dalam kemalangan....kereta....

1 tulang rusuk belah kiri..dan 1 tulang rusuk belah kanan patah....
dah tulang peha (dekat pinggul) retak...

doakan maktok semoga cepat baik.... :(

terima kasih buat semua yang bertanya khabar.....




Muahhhh : Bonda Amani -------> xtau nak komen apa2.....tekan jerk like kat bawah nie..... :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails