Followers

Attention...Peringatan dari aku

MOOD MALAS GILA

Cinta Hati Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY LITTLE PRINCESS

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

TINY DOT

Lilypie Pregnancy tickers

CLICK2 ....Income Pampers & Susu Amani....

Jom Buat Carian

Wednesday, May 25, 2011

buatmu adik tersayang anida othman

N3 nie aku coretkan khas buat adik ku tersayang.....anida othman...

nida....terlalu perit dugaan dan ujian yang ALLAH turunkan buat nida sekeluarga...
bukan menidakkan ketentuan ILLAHI....tapi seandainya di beri pilihan...pasti kita akan cuba elak dari terjadi begini....

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.

Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.


Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.


"kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari...Kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat...Puas kita menangis..mencari di mata matahari..Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi"


Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.


Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!


kuatkan hatimu...kerana skrang..kamo tunggak keluarga....mungkin ada orang cakap..betapa susahnya menjadi anak sulong....kerana kehilangan ibu...pasti akan di lepaskan bebanan pada bahu kita...tapi..percayalah....pasti ALLAH menjanji rahmat buatmu adik......

semoga roh mamamu tenang dan aman di SANA....doakan yang terbaik tuk arwah...

akhir kata untukmu adikku....if u need a shoulder or an ear ya.. akak sentiasa ada dengan nida....
menangislah sepuasnya....amikla masa tuk kamoo kembali pulih sepulihnya....
sebab akak taw..bukan mudah tuk kita menerima dalam sekelip mata.....



14 comments:

ieda said...

akak x kenal nida .. tapi walau mcm mana sekalipun nida kena kuat dan insyaallah semua yg terjadi ada hikmah disebaliknya .. aminnnn

-oP_ida- said...

owh akak.....saya sungguh teharooo...sebak di dada..hanya ALLAH jalah yang tahu...

akak, nida sayang akak.........

eMMe said...

nida, be strong gurl...Allah will be with u forever..

Dee said...

betul tu..bukan mudah..pasti ambil masa utk mengisi kesepian dan kerinduan di hati terhadap ibu tercinta..luahkanlah segala perasaan jika itu dpt menenangkan hati nida..Al-Fatihah..

mekchu said...

al-fatihah...

Softtouch [Hanim] said...

utk nida..byk2an bersabar ye dik..percayalah setiap apa yg berlaku ada hikmahnya..kwn2 disekeliling adik ramai yg boleh sam2 berkongsi rasa ngan adik..Al-Fatihah utk mama adik...

Mama Gee said...

semoga Allah bg kekuatan pada Ida utk menhadapi saat2 yg sukar ni....amin

ratusiput said...

akak lagila takble bace ni...baru bace sebaris dah leleh...pe lagi nida kan..

wahida said...

setiap apa yg Allah uji pasti ada hikmah di sebaliknya..percayalah...

semoga Nida tabah hadapi ujian dan dugaan yg dtg...

MiYOKO SuKi said...

semoga nida tabah dan byk2 bersabar....

sgt2 touching baca entry niii

Dilla Ady said...

buat nida, walau sebesar mane dugaan allah beri pada kite, sabarlah...dan yakin pasti ada hikmahnya.

semoga nida terus tabah ye!

mummysyafie said...

harap nida tabah hadapi ujian dariNya..

Hantu Kak Limah said...

yup betul...setiap kejadian ade hikmahnye..itu hanya ujian kecil kecilan ....mcm aku...yg penting kuatkan iman.....

Mimy Hamid said...

utk sis nida...tabah la setabah nya...tenang kan jiwa mu...kami tak mengalami macam nasib mu tp kami memahami perasaan mu...love anida

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails