selamat hari mama buat mama yang paling aku sayang dunia n akhirat.....
Mama,
Kau bagaikan sutera lembut yang bersulam keemasan
Kelembutan bicaramu yang beradabkan tertip dan sopan
Cahaya gilang keemasan membuktikan
dirimu yang terlalu unggul untuk ku bandingkan
Mama,
Kau ku ibaratkan bulan yang terang di malam yang disaluti kesuraman
Terangmu bulan memberikan sinaran pada alam yang kegelapan
Kesuraman malam tampak lebih berseri dengan hadir mu bulan
walaupun jutaan bintang yang bertaburan
Namun,
Tiada satu pun yang dapat menangangi kehebatan cahaya bulan yang bersinaran
Mama,
Kau seperti irama merdu yang beralunkan nada kemaafan
Irama mu sungguh mendayukan lagi amat merisik ke setiap hati insan
Nada kemaafan mu bagaikan naungan sejuk di suatu titian
usang kesalahan dan kesilapan merempuhi onak duri ranjau kehidupan
Mama,
Kau bak ombak yang senantiasa berpukulan di persisiran keperibadian
yang penuh dengan ketegasan
Ombak yang tidak pernah jemu memukul pantai untuk memberikan
corak indah walaupun adakalanya badai yang datang diselimuti dengan keganasan
Namun Mama,
Kau tabah dan terus cekal untuk menghadapinya demi kepentingan dan kebahagiaan kami tanpa mengeluh kepenatan
Mama,
Sesungguhnya tiada apa yang dapat ku berikan
Tiada madah yang mampu ku ukirkan
Tiada nada yang boleh ku alunkan
Dan sesungguhnya tiada perkataan yang dapat ku luahkan
Untuk ku jadikan sebagai andaian memuji keagungan dan kesucian
Hati mu yang berkacakan ketulusan dan keiklasan
Oleh itu Mama,
Ku nandungkan serangkai bisikkan madah buat pendengaran
Buat diri mu di kala saat kesunyian
Ku perisaikan sekata puitis buat tatapan
Buat diri mu di kala saat kau mempunyai masa kelapangan
Dengarlah mama, bacalah apa yang telah ku coretkan
Ucapan dan nyanyian ku hanyalah untuk mu yang selalu mengharapkan
Agar kami yang diberi pelindungan dan bukan diri mu di saat kegentingan
Agar kami yang diberi kesejahteraan biarpun diri mu yang lebih memerlukan
Agar kami yang diberi kesenangan walaupun itu juga yang diri mu impikan
Ah! Sesungguhnya kaulah seorang ibu yang mithali dan seorang isteri yang soleha
Segala jasa dan pengorbanan mu akan ku semai abadi di dalam jiwa
Sungguhpun selama ini tidak pernah ditonjolkan di hadapan mu Mama
Namun percayalah kasih sayang kami hanyalah buat mu seorang…
Semoga Allah SWT membalas segala dan setiap pengorbananmu
yang mungkin tidak dapat kami balas di sepanjang hayatmu
Semoga Allah SWT memberkati dan mencucuri Rahmat ke atas mu
dari dunia sampai akhirat agar berbahagialah hendaknya dirimu selalu
mama...kasih sayang mama tiada bandingan nya.....
mungkin aku xmampu tuk menunaikan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang anak yang solehah buat mama....tapi aku cuba tuk menjadi anak yang terbaik buat mama....
mungkin aku xmampu tuk menunaikan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang anak yang solehah buat mama....tapi aku cuba tuk menjadi anak yang terbaik buat mama....
mama....adik taw..adik banyak sakitkan hati mama satu ketika dulu...adik taw adik mungkin bukan anak yang terbaik buat mama.....
tapi adik tetap berusaha tuk buat mama bangga ada anak macam adik.......
terima kasih mama sebab sudi menjadi seorang ibu yang paling tabah dalam mendidik adik n angah.....
jasa mama tak kan sesekali adik n angah lupa....kami sanjung tinggi budi mama........
adik akan cuba memperbaiki semua kesilapan adik satu ketika dulu..tima kasih mama...
sebab pengorbanan mama membesar...mendidik kami sebagai seorang ibu tunggal setelah kematian bapa....
mama....mama adalah ibu terbaik......
sekarang baru adik paham erti dan kasih sayang seorang mama terhadap anaknya....
tima kasih sekali lagi mama.......
dan percayalah.....ADIK SAYANG MAMA SANGAT2...
hari2 adalah hari IBU.....
notakakikuberbunyi: hargailah ibu kita seadanya....walaupun kita terasa hati kadang2 dengan ibu kita...tapi buanglah perasaan itu sejauh2nya....kerana selagi hayat mereka masih ada...hargailah mereka...kerana bila ibu hilang dari kita...percayalah kesunyian dan penyesalan tiada gunanya...sayanggggggggggggg mama....
11 comments:
Hepi Mother's Day akak purple..hehehe ;)
wahhhh..cayalah ko punye dedikasi..mesti ko x tido 7hari 7mlm beb..neway..happy mothers day for u,,
Alooo lalaing im back!!!
Hapy Mothers day Adik' .. ;p
sgt2 touching lah dear .. :)
semoga kita jadi anak dan ibu yg terbaik selamanya kan dik :))
selamat hari ibu ya ..
walaupun terlambat sehari takpelah
anggaplah kita sambut hr ibu hari2 :)
huhuhu...sedihhhh..insyaallah allah berkati Yus....moga menjadi anak yang solehah..sementara ibu kita masih di dunia..berbaktilah seadanya...
selamat hari ibu juga buat ieda dan mama.. :D
happy mother's day eida..terlambat sehari takpe kan.
happy mother day ida.
IIIbuuu...Iiibu engkau lah ratu ati aku...teteba feeling nak nyanyi...Hepi mothers day Datin...
hepy mother's day buat ieda n mama ieda..
Post a Comment