Followers

Attention...Peringatan dari aku

MOOD MALAS GILA

Cinta Hati Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY LITTLE PRINCESS

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

TINY DOT

Lilypie Pregnancy tickers

CLICK2 ....Income Pampers & Susu Amani....

Jom Buat Carian

Thursday, March 25, 2010

43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki


Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1.
tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4.
memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6.
berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil. ( kat umah toilet nan tempat mandi sekali..)
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8.
suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14.
suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai. (baru buat pagi tadi..huhuhuh)
17. mengelap muka dengan baju. (kalau lepas menangis ..xsempat nak amik sapu tangan @ tisu)
18.
berdiri sambil bercekak pinggang.(kalu posing jerk...)
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28.
membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir. (kalau dekat air terjun.. :P)
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35.
berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung
.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41.
mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.(huhuhuh toilet kat umah aku memang design dia gitu..)
42. menguap ketika solat. (nie dah kerap kali sangat...huhuhuhu )
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

sekadar berkongsi ilmu..sharing is caring :)

p/s: dah 2 kali aku kena edit tulisan nie..hahaha ampun yer kak ina..dan deqna..ingatkan tadi dah besar..ropenya kecik jugak jadinya tulisan tue.. :P

7 comments:

Deqna said...

bagus info ni sumer..

tapi yus tulisan dia kecik lah.. penat mata ni kena sepet2 nak baca tau.. hehehe

Ena said...

huhuhu..
tu la dalam x sedar banyak mende juge yg kite buat sebenarnye menyekat rezeki sendiri.. uwaaa...
thanks 4 sharing ye..
nak kene muhasabah diri nie..

Unknown said...

alamak terasa la beb kekadang tak sangka mende2 ni leh sekat rezeki patutla tak kaya huhu

good info TQ

Cik Ina Do Do Cheng said...

purple elok tu masa mengandung tulis yang baik-baik je.tapi ko tahulah akak nikan rabun, adjust besar sikit tulisan dia.

NeenaAnuar said...

alamak.. dlm banyak2 tu memang ade yg terkene.. huhuhu...

btw.. good info dear... thanks for sharing! ;)

Redbloodsnow said...

erksss....alamaakkk. zie selalu berwuduk kat bilik mandik merangkap toilet gak sbb weols ade satu jek tmpt tuh...adoiiiyaiii

thanx for the info kak eida :)

~ELLY~ said...

sis...elly nk share bnda ni kat blog elly leh x?elly link skali blog sis...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails