Followers

Attention...Peringatan dari aku

MOOD MALAS GILA

Cinta Hati Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY LITTLE PRINCESS

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

TINY DOT

Lilypie Pregnancy tickers

CLICK2 ....Income Pampers & Susu Amani....

Jom Buat Carian

Monday, March 1, 2010

N3 yang penuh dengan emosi.... :(

ADIK SYAFIAH HUMAIRAH - PEMERGIANMU DI TANGISI



sedih aku bila terbaca kes mengenai adik SYAFIYAH HUMAIRAH
yang meninggal dunia akibat menjadi mangsa dera kepada kekasih ibu kandung sendiri...

bayangkan lah budak yang umur 3 tahun cedera teruk didera dengan mengalami pendarahan otak, Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan.
YA ALLAH berat penderitaan yang adik SYAFIYAH alami sebelum ajalnya...
memang aku sangat2 marah dan sakit hati la dengan kejadian tue...

aku pun xtaw la nak masukkan dalam kategori apa dah jantan laknat yang sanggup buat
adik SYAFIYAH tue sampai macam tue sekali...
binatang pun pandai sayangkan anak...nie bukan manusia dan bukan jugak binatang...
ntah la..aku xtaw la nak letak dalam kategori mana dah...

Kesedihan dan marah belum reda lagi dengan cerita-cerita manusia yang sanggup pi buang anak merata-rata.Rasa marah, sedih dan sebak belum hilang lagi, tambah lagi dengan perangai buruk manusia yang kejam. Tak taulah apa nak jadi dengan manusia sekarang ni.

memang xterluah dengan kata2 dah...apa yang aku rasai skrang...
anak yang masih dalam kandungan pun aku dah sayang...niekan pulak anak dah lahir kat muka dunia nie..
yang membesar depan mata kita...ya allah...pendeknya akal si ibu...
aku xmarah dekat jantan keparat tue ja...tapi aku tetap jugak letak kesalahan nie dekat si ibu...

xkan la buta mata buta hati xnampak badan anak dengan kesan lebam...
tolongla...xpayah la nak bagi statement "jantan tue kelakar la apa la..."
ishhhh jelak aku tengok....sakit hati aku dengar kenyataan pompuan tue...

aku amik dari ikhsan berita utusan malaysia...

Siti Norhanim mendakwa, dia pernah memohon untuk bercerai dengan suaminya yang kini ditahan dalam penjara namun tidak dilepaskan.

Akibatnya, wanita berusia 25 tahun itu mengaku dia telah melakukan kesilapan kerana begitu percaya kepada teman lelakinya yang kini menjadi suspek utama kematian anak keduanya itu.

“Suami saya tidak mahu lepaskan saya…Saya mengaku telah lakukan banyak silap. Untuk itu, saya berharap supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat membantu saya,” ujarnya sebak.

Siti Norhanim ditemui pemberita selepas lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di rumah ibu bapanya di Sungai Plong di sini hari ini.

Khamis lalu, Allahyarham Syafiah Humairah meninggal dunia selepas didera teman lelaki Siti Norhanim di padang bola berhampiran rumah mereka di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama di Batang Kali.

Berikutan kejadian itu, teman lelaki Siti Norhanim yang bekerja sebagai pemandu teksi dan berusia 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Siti Norhanim yang masih sebak dengan kejadian menimpa anaknya itu mendakwa, dia tidak menyangka teman lelakinya yang dilihat begitu penyayang dan baik terhadap Syafiah Humairah sanggup bertindak sedemikian.

“Sepanjang saya kenal dia (teman lelakinya), dia seorang yang agak kelakar. Depan saya, dia begitu menyayangi anak saya, sebab itu saya tak pernah curiga dengan dia.

“Dia melayan Syafiah seperti anaknya sendiri, memanjakan dia, belikan dia baju. Anak saya pula memang tak pernah mengadu kena pukul,” katanya.

ntah la...aku xtaw la nak cakap apa pasal kenyataan pompuan nie...tolong la..buka mata..buka minda....

ko nak kata bukan salah ko la kan??

laki ko yang salah la ya sebab tak ceraikan ko??

tapi kenapa ko boleh berzina?kalu laki belum sah ceraikan ko...

laki ko yang suruh ka???

bangang!!!

malu la sikit wei!

aku memang marah

sayang pe kejadahnya????

macam mana ko nak sayang anak ko??sedangkan diri ko pun ko tak sayang..

ko ingat ko lepas???

apa jua alasan ko

ko TETAP bersalah..ko mengakukan ko berzina??

ko tau apa hukumannya???

rejam sampai mati

ishh aku rasa nak sama-sama turut serta merejam perempuan ngok ni la!!!!

pengajaran buat kita:

Zina memang dosa besar

apa jua alasan kita..gersang???kemaruk???

dosa tetap dosa…

sampai beranak pinak boleh buat muka tak bersalah??

tak faham…

ehhh..dia dah boleh tuntut cerai di mahkamahkan kalau suami dia dah kena penjara…kan??takyah nak minta-minta suami dia ceraikan…mahkakamah boleh settlekan…

alasannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn





Alfatihah buat Allahyarham adik Syafiah Humairah.


p/s: minta maaflah kawan2 aku memang emosional bab bunuh budak nih! sebab ZALIM mengalahkan jahiliyah!

10 comments:

Ena said...

tu la pasal.. memg x berakal punyer mak.. anak baru 3 tahun.. ader budak yg masih blm pandai mengadu walaupun umur dah 3 tahun.. kesian kan!..

Pompuan tu memg penignkan diri sendiri & memg bermasalah ngan diri sendir.. tu yg dia x tahu beza hala haram dosa & pahala.. nauzubillah..

mama c'fa said...

al-fatihah buat nyea.. betul tu sis mak die n bf mak die patut d rejam smpi mati x gune de mnusia yg xberperikemanusiaan n hati binatang.. patut hukum smpi mati n lups terus dri dunia.. ( ya ampun)

Diarihatiku1976 said...

ee akak pun memang takleh terima alasan itu perempuan.. hahahha... bodoh...

Cik Yayang said...

Tgk tak muka arwah waktu dikafankan? Tak terpejam rapat kan mata nya, mulut nya pun sama...:-((

SyaNa said...

mmg sedih kan tgk budak ni
geram sgt kt jantan tu ngan mak dia
mcm ade something wrong la kes ni
aku rse nnt sure byk cerita terbongkar

NeenaAnuar said...

:((

I'm just speachless about this kind of stories!!! Buang anak & bunuh anak! Huh!!!

Senang ckp... memang mak dia tu kategori BeT*na S**Dal!!

AL-FATIHAH buat arwah... sesungguhnyer syurga sudah berada dihadapannye...

Aujinz said...

kejam..

takde perasaan langsung..

POSH76 said...

mmg melampau kan depa ni....sian budak yg tak bersalah tu ngong betul
allah bg amanah tak reti2 nak jaga...dunia2

ina mail said...

purple : muka mak dia tu eloknya kena lempang 18. nak loya dengar statement keluarga dia ngan mak dia. semua tak boleh masuk akal.

A.I said...

MMG SETAN!!! SETAN JANTAN LAKNAT + SETAN BETINA SUNDAL!!!!!!!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails