Followers

Attention...Peringatan dari aku

MOOD MALAS GILA

Cinta Hati Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY LITTLE PRINCESS

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

TINY DOT

Lilypie Pregnancy tickers

CLICK2 ....Income Pampers & Susu Amani....

Jom Buat Carian

Friday, December 18, 2009

Awal Muharam


selamat menyambut Tahun Baru Hijrah buat semua kawan2 dan sahabat2 blogger aku...
untuk silent reader pun x dilupakan..(cewah bajet ada jerk silent reader kan..)
semoga dengan munculnya tahun baru kali ini..
akan membawa seribu satu makna dalam hidup kita.. (kalu lebih dari seribu satu lagi afdhal..hahahaha)

aku harap kita semua dapat la..merungkai apakah rahsia di sebalik peristiwa hijrah terdahulu oleh NABI s.a.w kita..
HIJRAH membawa maksud yang penuh dengan ungkapan dan pengertian..pikir2kanlah..

dan semoga kita semua akan sentiasa mendapat perlindungan,
rahmat dan kebahagian dari ALLAH s.w.t.



Tapi, dalam kita bergembira.. jangan lupa pada saudara kita.. diseluruh dunia.. terutamanya di bumi Palestine. Mereka sedang menghadapi saat-saat getir.. Semenanjung Gaza sedang dibedil oleh Israel laknatullah...



Doakanlah... moga-moga mereka dan kita tabah dalam menghadapi semua ini... doakan supaya kemenangan menjadi milik mereka. Dan akhirnya bumi al Quds dapat dibebaskan.. Moga-moga suatu hari kita dapat bersolat bersama-sama mereka..di Masjidil Aqsa.. INSYAALLAH..



marilah kita bersama2..
berdoa semoga kita semua sentiasa terpelihara..dari segala yang memudaratkan..
AMIN..AMIN...
sebelum tue jangan lupa...
baca



doa akhir tahun


doa awal tahun..


ohh dan sebelum terlupa lagi.....meh kita kongsi bersama..

PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM

  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
selamat menyambut awal muharam..semoga akan ada penghijrahan yang lebih baik kepada semua..AMIN..AMIN

4 comments:

meo188 said...

slm maal hijrah

Aujinz said...

salam taon baru gak kat hang..

kawan biar beribu..somi biar satu eik...ahaks..

NeenaAnuar said...

amin... amin.. ya rabbal alamin... mudah mudahan kite semua mendapat berkat dariNYA...

POSH76 said...

u too aku doakan yg terbaik utk ko hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails