so hari nie aku nak sharing nan korang2 semua dan bagi tips sikit-sikit berkenaan
dengan demam campak aka chicken pop
*xkisah la korang panggil apa pun kan...sebab kalu ikut orang2 belah utara..campak ke chicken pop ke...
kami still panggil demam campak...cuba bayangkan kalau nenek2 kita cakap demam chicken pop
walaweh cam orang amerika la nenek aku nie...huahuahuahauha*
ok2 balik kepada topic asal k...aku just nak sharing sekadar yg mampu mengikut pengalaman.....
Sebelum tu, nak ceritalah sikit.. pengalaman aku kena demam "chicken pox" ni last 2 year
kata orang kalu dah besar2 nie baru nak kena demam nie memang susah skit la..
nak baik...huhuhuhu....so hasilnyer parut nie kekal la kat aku...
bak kata mama aku..parut kekal sampai ke mati...
*tengok la kat bulatan merah tue...tanda yang mula2 naik kat badan aku..sampai skrang ada ohhh..xilang..en shukri cakap tue macam ultraman kejam kan...huhuhuh*
ok lah...Mula-mula kita pergi ke tanda-tanda nak demam campak ni;
kita akan merasa sakit tekak, selsema dan demam yang berlarutan.
Kemudian, kalau ternampak bintil-bintil (seperti gigitan nyamuk tapi berair),
ataupun bintik-bintik merah.... jika SEMUA symptom ni ada, SAHlah demam campak.
(tapi lain orang lain taw tanda2 nie..cam aku dulu masa mula2 nak naik benda alah nie..aku xdemam
just rasa xsedap badan jerk)
setengah orang cakap kalu demam cam nie xelok kena air..
tapi tidak untuk aku...
Masa aku kena dulu, aku tetap mandi macam biasa....
aku rasa, kebersihan diri perlu dijaga, walaupun kita lapkan badan kita dengan kain tuala basah...
asalkan badan kita "merasa" air.
One thing for sure, gatal "merenyam" tu memang tak dapat elak....
jadi, ambillah object yang tak tajam untuk just "letak-letak" dan "rasa-rasa" kat tempat "merenyam" dan miang tu. JANGAN GARU DAN "KEROBET" tempat merenyam dan bintil-bintil tu!
(tapi yang nie aku memang xleh ikut sebab tangan aku nie akan gatal nak garu2 jugak bintil2 tue..
sebab tue ada parut sampai sekarang...huhuhuhu)
Bila kita demam, maknanya badan kita ni panas kat dalam...
jadi, saku lebih selesa dan suka mandi lebih kerap untuk sejukkan badan aku.
Untuk mengeluarkan campak tu KESEMUAnya... minumlah air kelapa...
kerana bila cepat dia keluar, lebih elok.
Ini penting kerana kalau tak SEMUA yg keluar, takut nanti dia akan keluar yg saki-baki pulak lepas dah pulih.
mama aku cakap takut nanti jadi kat belah dalaman lagi bahaya...Wallahualam
Tapi ini jarang berlaku. Itu sebab digalakkan kita minum air kelapa.
Jangan duduk bawah kipas yang "direct" kena kat kita, it's not good.
Dan, mandi tu bukan mandi kosong aje....
mama aku akan rendam daun semambu dalam air dan
ramas-ramaskan daun tu untuk hilangkan gatal-gatal... kemudian mandilah dengan air daun semambu tue.
nie la ropenyer daun semambu tue ye tawan2...kat umah "Kap lam ya nga" banyak daun nie.
Lepas mandi tu, sapukan "calamine" lotion dari klinik.
*aku suka baw lotion nie..wangi jerk kaler pink lagi..*
Untuk bintil-bintil yang baru tumbuh, elok sangat sapu ubat ni,
sebab ia akan cepat "mengeringkan" bintil-bintil yg makin membesar dan berair.
Bila dah kering bintil-bintil tersebut,
buatlah berbedak (kata orang2 kampung). *mama aku dulu siap amikkan air penawar dan bedak tue pun siap berpenawar taw...*
Ini amat elok untuk hilangkan gatal-gatal serta parut.
Selalunya, bintil ni akan kering lepas seminggu demam ni bermula.
So, masa ni memang elok untuk pakai bedak sejuk daun semambu.
daun semambu nie jugak kita kena letak buat alas tempat tidur...(jangan la tidur atas daun tue..alas la kain...)
OK, berkenaan dengan sakit tekak....
aku amat syorkan sesiapa yang kena tu supaya minum air bali ...
aku ingat lagi masa aku kena demam campak tu, mama aku sanggup ooo ikut saja kemahuan aku..
huhuhuh thanks to PN LATIPAH i lap u bery much..
Masak air bali bersama gula batu dan biji selasih.
Amalkan, tapi janganlah banyak sangat gula tu, sat g kang kencing manis lak korang kan...
Pantang-larang yang lain:
1. Jangan MENGGORENG sebarang makanan yg hendak digoreng ketika pesakit dalam rumah.... Kata orang tua-tua, macam mana minyak tu panas dan meletup-letup masa kita menggoreng, macam tu lah "meletup-letup" bintil-bintil tu. Ini mesti ada kerjasama dengan semua ahli keluarga. (ohh masih terbayang time aku kena demam nie dulu...aku kena kurung dalam bilik ok time mama aku nak masak..di larang keluar bilik...kena lak kalu ada orang datang umah..kena dok dalam bilik jugak..huhuhuhu)
2. Jangan MAKAN KICAP - ni petua dari orang tua. Katanya, nanti parut pun akan berkesan hitam.
Yang ni aku ikut. Kang tak lawa lak aku kan..!(wah motip nak gak melawa kan..)
3. Kalau masih sakit tekak, jangan makan benda bergoreng (walaupun jiran yg masak). Tapi kalau sakit tekak dah OK, no problem.. makan aje!
4. Jangan kena hujan.. yg ni ada netter dah cakap. Memang betul.. nanti menggerenyam gilerrr!
5. Kalau yg dah kahwin, bagi pasangan si pesakit, kalau tak kena lagi, eloklah "cuti" dari tidur bersama... sorry haaa! (sedikit sensored di sini) Tak lama, 3 minggu aje maksimum.... Tapi, kalau dah sama-sama kena... gasak hangpa laaa!
Oh ya..! Di samping tu, makanlah ubat-ubat yang doktor bagi. Yang penting, lotion "calamine" tu.
Lagi satu, bagi pesakit kanak-kanak, kita tak usah risau... lagi elok kalau kena masa kecik-kecik. Mereka ni masih muda, proses pemulihan lebih cepat. Jaga makan mereka dan bagi minum air suam dan air bali lebih.
Ha.. ikut pantang-larang ni dan petua-petua yg aku bagi nie, InsyaAllah... parut tak akan ada... tak caya? (sila ikut yer kalau tanak parut macam aku..huhuhuhu)
P/s: aku pun xtaw napa nan post aku kali nie..macam saiz dan tulisan yang kuar..puas aku adjust still sama jugak..so aku halalkan jerk la yer tawan2 yer...
5 comments:
sy kena tahun lepas..
huu..memang dahsyat la dia kuar.
da la time 2 tgh final..
sabar je la..
sy byk langgar pantang...
maka nya banyak parut kt area bdan..
dan juga muka..
pdan muka!
=(
cantek jer parot tu dok kat tetengah kan?
mmng mcm otomen la..
otomen dayna!!
hahaha.. jgn marahhh...
z@ck...
haahhah sendiri maw ingat la kan..kalu xikut pantang larang...sama la nan akak pun..
kakpiah..
hahahahah xpa laki saya pun slalu cakap mcm otoman..hahahaha
takotttttt... akak lom kena lagik ler..
puhh puhhhhhh.. mintak dijauhkan la demam2 berparut bagai nehh..!! selamatkan muka dulu.. ouchhhhh...
hahahaha
Y@ZeD@..
akak lum penah kena nyek..hehehhe ayok la..kang sana mana nak cari daun semambo tue kak..daun tulip banyak la...hahahahah
Post a Comment