Followers

Attention...Peringatan dari aku

MOOD MALAS GILA

Cinta Hati Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY LITTLE PRINCESS

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

TINY DOT

Lilypie Pregnancy tickers

CLICK2 ....Income Pampers & Susu Amani....

Jom Buat Carian

Thursday, November 4, 2010

air mata aku xmampu behenti....


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)



langsung teringat amani kat umah...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

manusia bila dah marah menguasai diri...

mudah lupa kan...masya-allah takutnya....



huhuhuhuhuhuhu nak balik la...makanya..hari nie kompom aku amik hapday...




amani bonda balik jap lagi yer...

kita g jejalan kat jj nyek...hahahahahahahahahahaha


hapie holiday uollsss.....esok sampai ahad...full of agenda jalan2 cuti malaysia...




22 comments:

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Anak lebih bernilai dari hartabenda... waima apa sekalipun yang ada didunia ini tak setanding dengan harga seorang anak

kak ina mail said...

Itulah ibaratnya kasih sayang ibu dan anak.Laki pun kita ingat , cam kita ingat anak,baru tahukan magic tu. Bila kita pandang anak orang, kita ingat anak kat rumah. Rindunya mengalahkan orang tengah bercinta . Masa anak kita kecik, bercintanya lebih sikit.

Iryani Noor said...

manitik air mata baca entry nie...
bila nafsu amarah menguasai akal fikiran, mcm tu la jd nyer...
mintak dijauhkan..

Iena said...

join ko nanges jugak...
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Ena said...

akak dah baca dah tu eida.. memg sangat sedih tau.. memg melelh gak akak depan pc aritu.. tak patut betul!

POSH76 said...

Sejuk ko pregnan ni...amani rupa macam daddy dia...la ni tak payah ler main kekerasan ...psiko lebih baik kalau nak mengajar

Softtouch [Hanim] said...

pernah bc cerita ni dulu purple..kesian sgt...yelah kalu marah menguasai diri mcm2 boleh jd..kene byk sabarkan diri...tgklah mata anak tu kalu kita nk marah sure xjd punya...

☆ lieya latif ☆ said...

lieya penah bace dulu nie...mmg gile2 touching...menitik ayaq mate bace...sob sob sob....

SURIA AMANDA said...

Lisa pernah baca kisah ni..mak abah selalu pesan..kalau marah ngan anak jangan ikut hati sangat..tegur elok2 dulu..kalau x jalan baru pukul tapi bukan pukul sampai kasik mudarat mcm tu...

makdara TERdiva said...

sedihnyeee...
teringat dulu aku selalu gak pukul anak2..mungkn sbb stress dgn mr.X kot..
tp bila dah pukul baru menyesal..
ade hikmah bila ank2 duduk jauh ni..perasaan rindu & syg melimpah ruah..huhu

Ati Masrif said...

dulu pernah baca kisah ni..beberapa hari tak leh lupa..ni baca lagi..ntah berapa hari lak melekat kat ingatan..mmg haru kan

ratusiput said...

wah siap hapday tu....ko nk celebrate deepavali ke apa purple...ehehe...

nasaoji said...

hurrrmmm....yess..baca2 crita cam ni, ati dan2 tu gak nak tgk muka anak...

eh..jj balakong ada jcard day ri ni.. ;)

Mimy Hamid said...

hargai apa ada depan mata...beb untuk kali ke 10...amani sgt comel...

intan_blur said...

tersentap..sbb aku slalu jg pkl ank aku...sbb marah mnguasai diri..tp citer nih betul2 buat aku insaf..

rATu kEBaYA said...

ni yg kedua akak baca.. tetap jugak meleleh airmata.. erm.. tak sanggup nak biarkan anak kita mcm tu..

Eye_nee said...

Pukul tu dibolehkan...tp jgn sampai memudaratkan...seumur hidup kene bercerminkan kesalahan ni...ko sanggup????????...

Dee said...

dah lama baca citer ni..mmg sedih..sejak ada anak ni eida..mesti ko lagi sensitive kan..hehehe..

Shu Shinju said...

aduhai..kesiannye Ita.... sedih baca entry ni....

ieda said...

sedihh cite nie .. ieda dah dpt tru email lama dah .. huhuuh
sampai ati kan .. cuba letakkan iri kita dlm diri si kecil ituu .. x rasa sakit dan hiba ke ??

teringat kat anak2 .. walau mcm mana berat sekalipun kesalahan anak2 .. mengajar jgn biar syaitan yg memimpin .. huhuhu

qellissa said...

sedih baca notes tu..kadang2 bila tgh marah mmg lah kita x sedar diri sikit..tp xdelah sampai mendera..yelah bak kata org syg anak tangan2kan..
pssttt beb, makin lama makin comel lah anak u ni..geram i tgk..

Lovely Bella said...

isk.. isk.. sedeh smpai leleh dah nih.. ermm.. huhuh.. huhu hepi holday gaks !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails