Followers

Attention...Peringatan dari aku

MOOD MALAS GILA

Cinta Hati Ku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MY LITTLE PRINCESS

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

TINY DOT

Lilypie Pregnancy tickers

CLICK2 ....Income Pampers & Susu Amani....

Jom Buat Carian

Thursday, June 3, 2010

Ciuman Perokok Boleh Membawa Maut

kiss baby

MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children’s Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka.

“Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium.

“Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus.

Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah,” katanya seperti dipetik laporan Australian Associated Press.

Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia. – Bernama



ini adalah fakta ye tawan2...awas kepada perokok2 tegar di luar sana...

sayangilah keluarga anda...berhenti lah merokok ye....demi insan2 yang di sayangi..



notakakikuberbunyi: en shukri dulu memang perokok..tapi dah stop merokok semenjak 2-3 taun yang lepas..gara2 bulan puasa la...tapi last week masa pegi umah kenduri mak angkat aku dekat batu 9..diorang kasi dia sekotak rokok..pagi tadi masa aku nak datang keja...aku tengok elok jerk rokok tue dok dalam keta..siap dah buka semua bagai..ohhh silap lighter skali hoke...tension haku taw memang sengaja la nak aku lancarkan majuk setaun nie...huh`...untuk en shukri ku yang di sayangi...."KALAU RASA ANDA SAYANGKAN SAYA DAN ANAK DALAM KANDUNGAN SAYA NIE...SILA LA...BUANG ROKOK TUE..SEBELUM SAYA NAN BABY LANCARKAN MOGOK...NIE PERINGATAN DAN AMARAN...bukan main2 hoke...INGAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!

korang rasa apa patut aku buat klu dia mula merokok balik??? tolong bagi idea skit..????hangen nie satu badan...

14 comments:

Dee said...

sygnya..dh berhenti hisap rokok balik..hati2..kwn kak dee x psl2 anak dia kena asma..sbb dia hisap rokok kt umah..

lg satu...k dee syukur hubby k dee mmg bukan perokok..ko ckp gini ngan dia eida..kalo abg isap rokok xmoh cium..baik jilat ashtray..hahaha..

akak gurau tau..

Ena said...

huhu..

siap mogok tu.. heheh..

betul tu.. bahaya kan!..

harap asben ida baca la n3 nie.. :)

ratusiput said...

em org lelaki ni kejap je insapnye...ntah apa yg sedap sgt okok tu taktaula...payah beno nk benti..!

-anidaothman- said...

uhuhuhuhhuhu..
per ni laaa merunsingkan saya ketika ini......suami saya adalah seorg PEROKKOK tegar...........uwaaaaaaaaaa

A D I A said...

ada baca article ni semalam. tunjuk kat husband dia buat2 bz plak time tu la nak bac apepr, nak gi bilik air hehe. laki aku dah stop smoking, tapi stop depan aku je la, cam la aku tatau dia still smoke belakang aku hehe.

Unknown said...

ala dah ada baby tak yah smoke2 laa....takde pekdah...sian kat baby...ingat lepas dia baca ni mesti terus tak smoke...insyallah...doakan
aku dgr kat radio pg tadi pun takut...

Unknown said...

ala dah ada baby tak yah smoke2 laa....takde pekdah...sian kat baby...ingat lepas dia baca ni mesti terus tak smoke...insyallah...doakan
aku dgr kat radio pg tadi pun takut...

qellissa said...

uish, sib baik my family member xde yg smoke..bahaya kan smoking ni..bukan dpt aper..dpt penyakit jer..

Lady of Leisure said...

wah merahhhnya amaran tu kikiki

[z@ck] said...

tak nak kahwin dgn perokok!

Cik Yayang said...

Doa kan aje la, mereka itu nk berhenti ngn rela hati..kalau kita paksa, tapi belakang kita dia merokok pn, tak guna juga kan?

Ni bercakap pn utk diri sendiri juga, yang mana juga mengharapkan "org tu" berhenti merokok..:-(

Cik Ina Do Do Cheng said...

kalau nak hisap rokok boleh, tapi jangan kat dalam rumah.cam laki akak pelik.kalau kat rumah langsung tak hisap rokok.tu yang akak kata, cam ni nak berhenti hisap rokok pun boleh.dah tebiat dia kot, tak hisap rokok kat rumah.Jangan paksa, kalau dorang nak berhenti, biar dengan ikhlas hati dorang.

NeenaAnuar said...

aiyokkk! takottt tengok kat font merah tuu.. huhu.. sabar sis sabar.. kite paham... memang org merokok nie payah nak diajor supaya berhenti merokok.. cam kite memang en. teman tak merokok.. alhamdulilllah lahh.. tapi my dad merokok.. dah buat operation jantung.. doktor dah kata jgn merokok.. but yet susah benorr nak buang tebiat tu.. till now dia still merokok gak! tapi dia merokok kat luar rumah lah..

but itu org tua so lain kes.. like kite yg mude2 nie masih jauh perjalanankann.. so memang nak kene berjaga-jaga lah.. takpe.. sis cuba ckp ngan dia pelan2.. kalu tak jadik jugak.. memang confirm sis kene mogokKK! hehehe..

Mimy Hamid said...

aku ada experience kawan aku hangin psl hubby merokok..katanya dia geram dia amik duit nilai RM5 sekali sebatang hisap dia bakar duit tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails