WANITA TANAH
***************
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak;
Taurus (21 April-20 Mei),
Virgo (24 Ogos-23 September) dan
Capricon (22 Disember-20 Januari).
- Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
- Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
- Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
- Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
- Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
- Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia d! an berwibawa.
WANITA API
************
Wanita api dilahirkan di bawah lambang;
* Aries (21 Mac-20 April),
* Leo (24 Julai-23 Ogos) dan
* Sagittarius (23 November-21 Disember).
- Dilahirkan sebagai pemimpin
- Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
- Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
- Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
- Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
- Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
- Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN
***************
Mereka ini lahir di bawah lambang ;
* Gemini (22 Mei-21 Jun),
* Libra (24 September-23 Oktober) dan
* Aquarius (21 Januari-19 Februari).
- Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
- Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
- Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh sungguh.
- Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
- Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
- Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
- Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA AIR
************
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak;
* Cancer (22 Jun-23 Julai)
* Scorpio (24 Oktober-22 November) dan
* Pisces (20 Februari-20 Mac).
- Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
- Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati hati.
- Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
- Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
aku????? aku haruslah wanita api.....hahahaha patut la berapi sokmo .....
en shukri sila noted ok.... :P
9 comments:
i wanita angin... patut la i banyak angin hahahha... :D
My Sista! Sila collect award from my blog yeah! check it out! ;D
Errkkk... cam tak kene jerk kite ngan wanita tanah tuu! huhuhu...
Saya wanita air :-)
aku bukan golongan mane mane..sebab aku jantan nok...hua hua hua...
huhu..
akak berada dalam kategori yg pertama..
banyak persamaan di situ..
ida.. akak copy boleh? :)
tak leh copy rupenyer..
sob sob sob..
saya wanita angin..
dan dan rasa badan ringan..
hahaha
saya wanita api
bahaya juga tu.hehehe
akulah minah angin tu...apsal cam sama ajer...hehe
Post a Comment